Friday, 3 August 2012

Bulan Kesejahteraan 2012




















Program ini dirangka khusus untuk mencegahnya penularan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar, mencegah berlakunya jenayah di sekolah dan memantapkan tahap kesedaran betapa pentingnya kesihatan diri di kalangan warga sekolah.
Ini adalah usaha untuk memastikan kesihatan warga SMK Simpang Gelami cemerlang dan bebas daripada dadah dan jenayah. Objektif program ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar:
1.       Mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk
menyampaikan: mesej anti dadah, pencegahan jenayah dan kesihatan
2.       Berperanan sebagai orang berpengaruh dalam
menyampaikan mesej anti dadah,  pencegahan jenayah  dan kepentingan kesihatan kepada Rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
3.       Menolong rakan sebaya yang “risiko tinggi” supaya
berhubung dengan guru kaunseling dan menjadi kaunseling rakan sebaya.
4.       Mencegah berlakunya aktiviti tidak bermoral di kalangan
pelajar. 

TENTATIF PROGRAM SEPANJANG BULAN KESEJAHTERAAN


TARIKH
AKTIVITI

20 FEBRUARI 2012
MAJLIS PERASMIAN BULAN ANTIDADAH, ROKOK, JENAYAH SERTA KESIHATAN
INFORMASI PENCEGAHAN JENAYAH

22 FEBRUARI 2012
CERAMAH ANTIDADAH & JENAYAH
“ KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH DAN JENAYAH TERHADAP WANITA”
27 FEBRUARI 2012
INFORMASI KESIHATAN
29 FEBRUARI 2012
PERTANDINGAN POSTER ANTIDADAH 
29 FEBRUARI 2012
PERTANDINGAN BANNER KESIHATAN
5 MAC 2012
INFORMASI ANTIDADAH
7 MAC 2012
PERTANDINGAN DRAMA SEBABAK BERTEMAKAN ANTIDADAH/PENCEGAHAN JENAYAH/KESIHATAN
9 MAC 2012
PAMERAN ANTIDADAH/PENCEGAHAN JENAYAH/KESIHATAN
19 MAC 2012
INFORMASI PENCEGAHAN  JENAYAH
21 MAC 2012
CERAMAH REMAJA DAN ANCAMAN MASA KINI
26 MAC 2012
INFORMASI KESIHATAN

SETIAP SELASA
HANYA 5 MINIT – INFORMASI KESIHATAN
KETUA /PENOLONG KETUA KELAS MENERANGKAN INFORMASI KEPADA PELAJAR DALAM KELAS PADA SETIAP WAKTU PERTAMA

SETIAP RABU
HANYA 5 MINIT – INFORMASI PENCEGAHAN JENAYAH
KETUA /PENOLONG KETUA KELAS MENERANGKAN INFORMASI KEPADA PELAJAR DALAM KELAS PADA SETIAP WAKTU PERTAMA

SETIAP KHAMIS
HANYA 5 MINIT – INFORMASI ANTIDADAH/ROKOK
KETUA /PENOLONG KETUA KELAS MENERANGKAN INFORMASI KEPADA PELAJAR DALAM KELAS PADA SETIAP WAKTU PERTAMA
MULAI 20 FEB –
 19  MAC 2012
PERTANDINGAN ESEI BAHASA MELAYU & INGGERIS
SETIAP TINGKATAN
GURU BAHASA INGGERIS & BAHASA MELAYU BERTINDAK MELAKSANAKAN DALAM  WAKTU P&P

2 APRIL 2012
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH
INFORMASI ANTIDADAH



“KESEJATERAAN PELAJAR PENJANA KEGEMILANGAN SEKOLAH”


No comments:

Post a Comment