Friday, 3 August 2012

Ceramah Motivasi: Pelajar Cemerlang Menjana Kecemerlangan Masa Hadapan
































Motivasi merupakan satu aspek penting dalam kehidupan seseorang pelajar.  Hal ini kerana kehidupan yang mereka lalui penuh dengan cabaran dan kadangkala mereka menjadi lemah dalam mengharungi kehidupan seharian. Justeru itu, dengan adanya motivasi dan dorongan yang positif adalah diharapkan ianya dapat membantu para pelajar membangunkan semula jiwa mereka agar mereka dapat terus bangun dan berjuang dalam mengharungi dunia pelajar yang serba mencabar ini. 
Program ini dirangka khusus buat semua pelajar Tingkatan 3 dan 5 sebagai suntikan semangat kepada pelajar dalam lah meniti hari-hari menghadapi Peperiksaan PMR dan SPM. Program ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah dan kerjasama dengan dengan J/K Asrama SMKSG. En Syamsul Amri Bin Ismail daripada Alumni Debat Malaysia (ADAM) telah hadir bersama En. Kamarul bagi membantu menjayakan program ini pada 29 Julai 2012. 
Semoga dengan program ini semua pelajar yang hadir telah mendapat suatu semangat baru bagi mengagahkan usaha untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program ini. Semoga ini adalah titik permulaan kerjasama bersama ADAM.

No comments:

Post a Comment